Wednesday, December 11, 2024

Cameron Highlands impromptu road trip (Breakfast, KEA Farm & Boh Tea Centre)

Husband suka betul trip-trip spontan tanpa perancangan awal ni. Yang wifenya plak cepat melatah dan panik kalau dah plan nak rehat-rehat kat rumah tiba-tiba kena packing nak traval. On the way balik kerja husband dah text tanya, "Malam ni kita pegi Cameron Highlands nak?". Tengah memandu pun dah fikir-fikir, ni kalau tanya ni memang die dah plan la tu. Dalam text pun senaraikan tentative program hahaha. So memang kami pun geraklah ke Cameron Highlands malam tu. Risau jugak nak ke Cameron Highland on weekends. Takut sesak & beratur panjang di mana-mana. Suami terus booking hotel 1 malam. Nasib baik harga tak mahal sangat bila booking last minute.

Malam tu kami terus packing dan bertolak dalam pukul 12.00 tengah malam mcm tu. Sampai di R&R Tapah, kami tidur dalam kereta. Dalam pukul 6.00 pagi kami terus bertolak ke Cameron Highlands. Trafik lancar sampai ke Cameron Highlands. Alhamdulillah. Cuma sekali-sekala ada kereta/lori perlahan.


Bukak seat belakang kereta, dapatlah budak kecik ni tidur dengan selesa


Lata Iskandar pun kosong lagi takde orang



Di bulan Disember memang sejuk dan berkabus. Ni yang syok pergi Cameron Highlands



First stop kami breakfast dulu di Opah Strawberries & Jams. Awal pagi orang tak ramai. Kalau dah ramai kene beratur tunggu turn huhuhu. Suka jugak makan kat sini. Nasi lemak & ayam goreng dan pastries semua sedap. Kami ni cerewet sikit nak makan scones. Scone di sini, House of Scones memang menepati citarasa kami. Setakat ni kami bukan peminat scones di Cameron Valley atau Teh Boh Cafe. Kalau di Cameron Highlands, favourite scones di Lord's Cafe. Second favourite di House of Scone la kot :)


Seronok jugak boleh tengok diorang buat scones from scratch



Muka masing-masing muka tak mandi baru bangun tidur haha





Restoran Abang Strawberry nampak tenang hari ni




Banyak-banyak benda di Cameron Highlands, benda yang dia cari ialah lolipop strawberi




Lepas tu terus ke Boh Tea Plantation. Perjalanan dari Tanah Rata ke Brinchang sangat lancar. Masa ni husband dah mengantuk sangat. Jadi kami tukar giliran memandu















Kami dah kenyang sarapan pagi tadi. Jadi kami minum teh je

















Lepas jalan-jalan ternampak orang menunggu. Rupa-rupanya ada tour masuk ke kilang. Kami terus join kebetulan masih kosong. Tapi dalam tu tak boleh rakam video atau ambil gambar

















Budak kecik request nak main dengan kambing. Mommy pegi la teman kejap.
Daddy boleh pegi tempat lain












Abis dia buli semua kambing & alpaca































Sebelum ke hotel kami membeli-belah dulu. Tak banyak pun hanya untuk makan sendiri je. Banyak beli untuk budak kecik ni. Jagung susu rasa mcm 3x beli, suka betul dia. Ayam gunting pun nak jugak. Ais krim pun nak jugak





No comments:

Post a Comment