Saigon Arrival & Hotel | Double-decker Sightseeing Bus
Cu Chi Tunnel & War Remnants Museum | Ben Thanh Market & Malaysian Street
Cafe Hopping | Saigon River Cruise | Saigon Morning Walk | Saigon Night Life
Aktiviti jalan-jalan pada waktu malam antara aktiviti kegemaran kami sebab seronok bangunan dengan lampu-lampu neon dan happening.
Saigon Opera House
Kami berjalan kaki sepanjang Nguyen Hue Pedestrian/Walking Street
Saigon City Hall / People's Committee Building
Kalau berminat nak makan bolehlah cuba
Budak kecik nak makan ais krim. Beli jelaa.. Ais krim sandwich macam di Singapore
Dah lapar nak cari kedai makan. Ni kedai yang paling mahal pernah kami makan. Hanya kerana budak kecik ni nak makan sate hahaha.. adoi macam tak boleh nak makan sate kat Malaysia. Kedai Halal@Saigon ni berdekatan dengan Nguyen Hue Walking Street.
Total bill 800,000 Dong (anggaran RM140.00). Padahal kalau makan di Nguyen An Ninh (Malaysian Street) baru 200,000 Dong (anggaran RM35.00) hahaha
Depan tu ada masjid
Suka sangat bila travel pada bulan Disember sebab ada banyak hiasan Krismas :)
Ben Thanh Market tutup awal tapi kedai-kedai cenderahati disekelilingnya masih bukak
Hitam tak nampak plak haha
Antara Uniqlo besar kami pergi selain di Ginza, Tokyo. Tapi sebenarnya tak besar sangat pun
Masa kami beli baju kat sini dan bayar di kiosk, kami ralat tak ambil paperbag besar warna putih sebab ada gambar dan tulis Saigon :) Bukannya kena bayar pun. Adoii, rugi. Kalau kat Malaysia paperbag Uniqlo kene charged
Seterusnya kami berjalan menuju ke Bach Dang Wharf atau Waterbus Station. Nak melintas tu memang bersabung nyawa la haha.. Banyak betul kereta dan motorsikal dan laju-laju semuanya. Rasanya mcm 3-4 lane
Semasa kami naik tour cruise, tour guide ada cerita pasal night life di Bui Vien Walking Street. Kebanyakan orang Saigon akan berhibur di sana. Alang-alang malam masih muda, kami terus decide nak Grab ke Bui Vien Walking Street. Kami memang aware di sana penuh dengan kelab malam. Tapi saja nak jalan-jalan, nak tengok. Lebih kurang Jalan Alor (KL), Itaewon (Seoul) & RLD (Amsterdam) laaaa... If you know what I mean hahaha.. Tak jauh pun dalam 7 minute kot naik kereta.
Kalau rasa golongan B40 bolehlah pegi ke kedai ni hahaha
Gilalah pergi ke tempat macam ni hahaha.. kejutan budaya. Ala-ala macam kat Red Light District plak di Amsterdam, cuma taklah melampau. Cuma kami enjoy tengok kelab-kelab malam, restaurant yang cantik dengan lampu-lampu neon dan hiasan yang cantik dan mendengar muzik/live band. Syok jugak sebenarnya. Yang lain-lain tu kami tutup mata hihi
Tatoo Parlour pun ada
Suami geram je tengok kedai seafood haha. Kedai halal pun ada di sini tapi indian food
Kedai kegemaran Danish Ilham, Mixue pun ada :)
Lepas selesai jalan-jalan kami terus balik ke hotel. Puas hati hari ni berjalan-jalan ke semua tempat dalam checklist
No comments:
Post a Comment