Wednesday, December 4, 2024

Saigon Cafe Hopping

Saigon Arrival & Hotel | Double-decker Sightseeing Bus 
Cu Chi Tunnel & War Remnants Museum | Ben Thanh Market & Malaysian Street

Cafe Hopping | Saigon River Cruise | Saigon Morning Walk | Saigon Night Life

Matlamat utama kami nak rasa kopi tempatan di Saigon. Vietnam ni terkenal dengan biji kopi Robusta. Kebiasaan kami di rumah minum kopi Arabica. Masa pergi ke Seoul, kami tak pandai sangat bab-bab biji kopi. Minum kopi segera je. Cuma kami enjoy cafe hopping di Seoul dan minum pelbagai jenama kopi tempatan di sana. Dulu kalau pegi Vietnam je mesti kirim kopi segera 3 in 1 jenama Trung Nguyen G7. Kali ni sambil-sambil kita cafe hopping, kita beli biji kopi jugak. Kami ada la beli beberapa ratus gram biji kopi di Ben Thanh Market


Kami singgah di Highlands Coffee sederet dengan hotel je. Sedap jugak. Cuma pelik sebab syrup / cocoa nye jatuh ke bawah dan mengeras jadi payah nk kacau sekata. Rasanya mcm mereka letak syrup / cocoa dulu baru letak espresso dan susu. Malam-malam buat kerja office pun segar je semacam haha.. Selalu pekene kopi pun sedap je tidur


Caramel Machiato dan Mocha


Cafe ni best juga ada banyak tempat duduk. Tingkat atas pun ada. Boleh menikmati coffee sambil tengok trafik di Saigon haha




Esok petangnya lepas balik dari Cu Chi Tunnel kami lepak di Katinat. 




Kalau nak dibandingkan dengan Highlands Cafe kami lagi prefer Katinat. Lebih kaw dan tak manis



Malam tu masa jalan-jalan di bandar Saigon, kami lalu di cafe Trung Nguyen Legend. Nampak macam fancy je cafe. Tapi rata-rata harga kopi di cafe-cafe semua murah. Setakat ni kami beli harga dalam 78,000 Dong untuk 2 minuman (anggaran dalam RM13.00). Paling mahal pun di Trung Nguyen Legend dalam 150,000 Dong untuk 2 minum (anggaran dalam RM26.00). Siap serve dengan snack dan japanese tea untuk kami bertiga






















Jarang sangat kami nampak Starbucks atau Coffee Bean and Tea Leaf. Rasa di depan mata mcm 1 je kot. Berbanding dengan kopi jenama tempatan ada je setiap ceruk. Lebih kurang sama seperti di Korea. Cafe kopi jenama tempatan lebih banyak daripada jenama mainstream


Sebelum travel ada baca-baca di blog / artikel. Cafe-Cafe yang menarik yang boleh dilawati. Memandangkan Soo Cafe ni sangat dekat dengan area hotel, kami singgah la. Nampak idyllic. Soo Cafe ni terletak di tingkat 3









Menarik betul interior cafe ni









Kebanyakan kek di cafe-cafe murah jugak. Kek ni harga 30,000 Dong (anggaran RM5.00)
















Best plak lepak kat luar tengok pemandangan bandar Saigon






Tadi ada anjing tengah lepak kat area laluan ni. Nasib baik die baik, tak menyalak. Besar plak tu. Nak balik, takde dah anjing tu 



Esok malamnya selepas balik dari Sightseeing Cruise, kami lepak minum di Katinat di Bach Dang Wharf/Station. Hari tu masa lepak Katinat tak perasan psl campaign Sparkle with Pink Sapphire X-mas. Beli air saiz besar akan serve dalam bekas pink! Walaupun kami suami isteri tak suka warna pink tapi kami tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan bekas coffee warna pink :)






Harga kek kat sini murah. Anggaran harga RM5.00 - RM12.00


Port lepak sini pun best. Sambil-sambil tengok boat/cruise cantik-cantik lalu dan pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit




Hari last di airport, ternampak brand Star Cafe. Tak perasan plak brand ni di bandar Saigon. Mungkin hanya di airport ke, ntah. Tapi yang tak syoknya harga dalam USD. Mahal plak tu. Vietnamese Coffee (Finest)  yang kami order harga USD6.70 = 169,000 Dong = RM30.00 hahaha. Demi nak merasa dan menghabiskan duit punya pasal



Comel plak packaging. Overall semua coffee vietnam mmg sedap. Tapi kopi robusta ni caffeine die tinggi sikit. Kalau tak biasa, boleh sakit kepala


No comments:

Post a Comment