Kami beli voucher di Klook untuk Private Car To Cu Chi Tunnel (6 hours trip). Sehari sebelum trip, driver dah Whatsapp bagi tau yang dia akan jemput di hotel esok. Lega rasanya. Senang nak contact. Driver tu punctual. Walaupun tak pandai sangat cakap dalam bahasa Inggeris, tapi dia sangat ramah dan suka bersembang. Kalau agak-agak perbualan sangkut, dia terus bukak apps translation. Senang cerita haha.. Perjalanan dari hotel ke Cu Chi Tunnel ambil masa dalam 2 jam termasuk singgah di Quang Minh Lacquerware (tempat kraftangan) dan kesesakan lalulintas.
Kereta EV buatan Vietnam VinFast
Tidur dah budak kecik ni
Singgah sekejap di tempat kraftangan oleh orang-orang berlainan upaya. Barang-barang diperbuat daripada bahan-bahan terbuang atau kitar semula seperti kulit telur dan cengkerang
Budak kecik ni tertarik plak dgn doggy tengah tidur kat bawah tu
Terliurnya tengok Banh Mi
Pengalaman suami pergi ke tandas, terjumpa plak urinal mcm ni
Ni lah pengangkutan kami.. sangat selesa :)
Sampai je di Cu Chi Tunnel kami terus beli tiket. Kami tak berapa ingat dulu masa pergi ke Cu Chi Tunnel ada sediakan tour guide secara percuma ke tak. Mula-mula masuk tu agak jealous juga sbb ade group tour dengan tour agent yang bercerita pasal bom dan senjata. Danish Ilham sibuk je pegi curi dengar hihi
Bila masuk je ke dalam hutan ada tour guide menunggu. Jadinya memang ada disediakan tour guide secara percuma (boleh bagi tips) bagi yang datang sendiri tanpa tour guide. Kami dijemput untuk menonton video. Mula-mula okay la, lama-lama jadi bosan plak. Lebih-lebih lagi video yang sama diulang sejak lebih 10 tahun dulu. Ayat dalam tu mendatar je hahaha..
Gambaran jelas keadaan Cu Chi Tunnel yang digali oleh komunis / guerilla. Terowong ini digali dengan tangan dan alatan purba. Lansung tiada alatan moden/mesin digunakan. Selama 20 tahun terowong ni digali melebihi 200 km. Pada awalnya terowong ini digali semasa penaklukan Perancis sehinggalah ketika Perang Vietnam pada tahun 1955 hingga 1975.
Terowong ni bukan sebarang terowong tetapi pihak musuh nak masuk pun akan terperangkap pada booby trap yang dipasang untuk mengelirukan pihak musuh. Pintu masuk yang sengaja menarik perhatian pihak musuh. Pihak musuh plak memandang rendah kepada saiz di bawah tanah terowong tersebut. Siapa sangka di bawah tu ada pengkalan tentera, hospital, sekolah, bilik-bilik dan dapur.
Seronok budak kecik ni mencuba :)
Salah satu perangkap yang dipasang
Saiz sebenar pintu masuk terowong tu ada di bawah, ianya sangat kecik. Terowong yang pelancong keluar dan masuk sekarang ialah terowong yang telah diperbesarkan saiznya supaya mudah orang bersaiz besar merasai pengalaman masuk dalam terowong.
Tour guide yang disediakan ni sangat peramah, sangat berinformative dan pandai amik gambar/video kami anak beranak. Rajin melayan budak kecik ni nk main dalam terowong lagi. Berkali-kali jugaklah dia bawak.
Lubang-lubang ini ialah saluran udara dari terowong. Dapur pun ada jugak saluran untuk mengeluarkan asap semasa memasak
Tentera-tentera guerrilla tidak ada senjata-senjata moden dan hebat. Jadi mereka senyap-senyap ambil senjata-senjata daripada pihak musuh atau kutip senjata dan bom dari pihak musuh yang tewas, kemudian mereka keluarkan bahan-bahan letupan dan bentuk semula senjata dan bom sendiri.
Sesiapa yang berminat untuk menembak menggunakan pelbagai senjata boleh cuba di sini. AK-47 ada, machine gun pun ada. Cubalah..
Tengok tu, die sibuk lagi dengar penjelasan tour orang lain hahaha
Ni lagi sekali hahaha..
Ciptaan selipar yang diperbuat daripada getah tayar ni antara perkara yang mengkagumkan. Permukaan tapak selipar ke arah yang berbeza dengan arah pemakai. Jadi boleh mengelirukan pihak musuh bila nampak tapak selipar.
Di akhir tour, kami dijamu dengan makanan ruji tentera guerrilla. Ubi kayu dicecah dengan gula+kacang+garam+gula
Jumpa plak kala jengking
Di terowong tipu. Terowong kontot jalan mati haha
Sedang menunggu driver jemput. Dah abis tour, terus Whatsapp
No comments:
Post a Comment