Wednesday, December 11, 2024

Cameron Highlands impromptu road trip (Century Pines Resort, Steamboat & Night Market)

Kami booking bilik di Century Pines Resort. Memang target nak stay di Tanah Rata di belah bawah supaya senang nak balik ke KL. Takut menghadap traffic jam. Hotel ni okay lah.. Hotel lama tapi sesuai dengan vibe di Cameron Highlands. Kami suka gile. Bilik pun interior English style. Bersih, besar dan pemandangan cantik.














Petang tu kami pegi Hi-Tea. Simple je makanannya. Tapi sedap. Scone die pun menepati citarasi kami.




















Saje cuba epal strawberi.. tak berkenan sebab tak rangup macam fuji apple









Suka tengok pemandangan lampu-lampu :)













Malam plak kami ke pasar malam. Kebetulan berhampiran dengan pasar malam tu ada kedai steamboat. Kami try la.. Kami tak pegi ke tempat steamboat kami pergi sebelum ni. Tapi agak mengecewakan sedikit. Pilihan yang tidak pelbagai tapi tempatnya selesa dan cozy. Jadilah.. sebab dekat dengan pasar malam. Asalkan kenyang dan sedap. Alhamdulillah














Alhamdulillah.. kenyang.. budak kecik ni pun seronok masak-memasak. Memang kegemaran dia pegi steamboat



Seterusnya kami ke pasar malam. Ni kali pertama kami ke pasar malam. Tak pastilah kami lambat atau memang keadaan pasar malamnya memang macam ni. Rasa macam tak berapa seronok sebab tak banyak makanan dan cenderahati Cameron Highlands dijual. Kami membayangkan banyak jual sayur-sayuran, scones, strawberi dan lain-lain. Ada jual tapi tak banyak pilihan. Jagung susu ada dijual dan harganya sangat murah tapi kene tipu plak, tawar jagungnya. Takpelah.. ada la juga yang manis, cuma tak semua



Jagung susu sentiasa di hati si kecik ni

















Best tengok lampu lip-lap depan bilik


Dalam kesejukan ni kami lupa plak nak beli coffee. Tapi order Grab jela. Padahal kedai coffee dekat jalan kaki je




Good morning!






Pagi tu kami sarapan dulu sebelum sambung berehat. Makanan oklah cuma untuk pastry tak banyak pilihan. Scones pun tak de huhu






Sebelum bergerak balik, kami nak tapau scones dari The Lord's Cafe. Sekali tutup! Aduhai padahal jalan kaki je dari hotel. Kalau tau, semalam kami pegi tapau siap-siap.. Sedih gila. Takpe, next time kita pegi lagi :) Last-last kami tapau di Opah je.. House of Scone. Agak fancy dan pelbagai flavour tapi harganya mahal sedikit. Kami lebih suka yang original atau strawberi. Tapi oklah, boleh jugak layan






Panjang beratur! Nasib baik kami dah makan semalam masa sarapan pagi



Suka betul tengok bangunan lama yang dikekalkan binaanya. Nampak klasik



Buat stok kat rumah. Sekali-sekala layan dengan coffee panas


Jagung susu untuk si bujang :)

No comments:

Post a Comment