1 Disember 2024 genaplah anniversary kami yang ke-17 tahun. Jadi kami teringin nk penuhi hajat anak untuk ke Vietnam. Die berminat betul dengan sejarah mengenai Perang Dunia ke-2, Perang Vietnam dan komunis. Kalau boleh travel ke Rusia, memang dia nak pergi Rusia. lols.. Saigon atau Ho Chi Minh City memang menjadi antara tempat favourite kami. Jadi kali ni kami nak berkongsi pengalaman dengan Danish Ilham pulak. Masa beli tiket penerbangan tu tak terfikir plak nak tengok tiket ke Hanoi. Terasa rugi plak sebab patutnya boleh kita menjelajah ke bandar lain pula di Vietnam.
Kebetulan hari pertama nk terbang ada plak Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Jadi di sekolah anak dengan tema "Cinematic Movie Character". Memang seronok la budak ni tak nak miss. Mula boarding pada pukul 2.00 petang. Kami bertolak dari rumah pukul 12.00 tengah hari, selepas jemput anak dari sekolah. Risau jugak, biasa 3 jam sebelum kene sampai di airport. Alhamdulillah sempat sampai dan terus ke departure gate. Kami takde check in baggage dan hanya pakai boarding pass dalam apps je. Tak perlu nak cetak boarding pass. Di imigresen Ho Chi Minh City pun boleh tunjuk boarding pass melalui apps sahaja. Kami berani ambil risiko sebab kami tak perlu beratur check in baggage. Kalau tak, memang tak sempat huhu
Kalau pre-order makanan dalam website/apps, murah sikit dan pilihan lebih banyak
Budak kecik ni suka betul dengan mac & cheese. Die request nak makan lagi masa balik :)
Flight turbulence kali ni teruk skit. Cuaca tak berapa baik. Mommy takut kene air pocket. Main sudoku nak hilangkan takut
Dah sampai di Tan Son Nhat International Airport. Si kecil ambil video dan mula tulis journal hihi
Dari Malaysia punyalah smooth urusan di Imigresen dan Kastam, tapi bila sampai di Ho Chi Minh City (Saigon), semua manual. Beratur sangat lama di Imigresen, check satu-satu muka masing-masing dengan pasport. Hahaha. Nasib la. Mujur kami tak berkejar ke mana-mana. Next tour lambat pun tak pe. Cuma tak dapat la nak tengok matahari terbenam di Saigon. Pukul 5 dah gelap
Sampai di hotel agak lewat nak dekat pukul 5.45 petang waktu tempatan. Lepas letak bag, terus book Grab pegi ke Saigon Opera House untuk naik Sightseeing Hop On Hop Off Bus. Nak jalan kaki pun boleh, tapi nak kejar masa dan tak nak penat.
Kami memang ada plan nak tempah blazer 1 set tapi harga yang ditawarkan kat hotel ni mahal plak
Kami sangat-sangat berpuas hati dengan penginapan kami di GK Central Hotel di Saigon. Bilik paling murah, tiada tingkap tapi alhamdulillah agak besar, selesa dan sangat bersih. Sebenarnya ada je tingkap cuma takde balcony la. Ok sangat dah. Kelengkapan semula lengkap dengan mini bar, kerusi dan meja, dressing table, save box, side tables, bathtub dan selipar. Room service pun ada everyday.
Tengah tunggu Grab depan hotel
Area hotel pun best. Ade convenience store depan hotel, cafe, Ben Thanh Market pun dekat jugak. Setakat ni, dari hotel boleh jalan ke Ben Thanh Market, Independence Palace, Notre Dame Cathedral, Central Post Office, Saigon People's Committee Building, Saigon Opera House dan Bach Dang Wharf. Kadang-kadang kami naik Grab sebab nak cepat atau penat. Tak mahal pun dalam RM4.00-RM5.00
Mudahlah berulang-alik ke Ben Thanh Market
Cermin panjang ada, hidden dressing table pun ade
Bab breakfast ni antara yang paling seronok di hotel ni. Walaupun makanan agak terhad untuk kami makan tapi kami enjoy makan cereal, salad, buah-buahan dan roti yang disediakan. Boleh plak order telur dan coffee vietnam. Kami hari-hari order omelette. Fluffy makan panas-panas sekali dengan salad. Sedap!
Boleh jugak order ice Vietnamese coffee / filtered coffee. Best!
Buah-buahan bertukar setiap hari :)
Setiap kali nk balik ke hotel, tau dah landmark nampak No Face from Sprited Away :)
Christmas nak dekat, dah mula deco :)
Tapau Banh Mi dan milo ais kat Nguyen An Ninh Street (Malaysian Street). Makan ye sayang.. mommy dan daddy nak pegi sambung cuci mata kat Ben Thanh Market sekejap
Meja nak buat kerja pun selesa. Plug point pun banyak
Walaupun dah check in online, tapi polisi di sini masih kene beratur di kaunter untuk print boarding pass. Masa ni die akan check dan timbang hand luggage sebelum keluarkan boarding pass. Nak balik ke Malaysia, dinasihatkan datang 3 jam lebih awal ke Tan Son Nhat International Airport. Kalau punyalah lama beratur kat Imigresen dan Kastam masa sampai, confirm lama beratur masa nak keluar nanti
Kalau tak silap, takde pengasingan di kaunter imigresen. Warganegara Vietnam pun beratur di tempat yang sama. Mungkin tu antara sebab queue jadi panjang dan lambat
Sampai di airport seperti biasa nak menghabiskan duit Dong :)
Adoi harga kat sini semua dalam USD. Berganda plak tu mahal harganya. Tapi sebab teringin, beli jugak lah. Husband beli calamansi juice RM17, aku beli coffee RM30 hahahaha.. Beli kat Katinat ke, Highlands ke kat area Ben Thanh tak sampai RM8 pun haha. Baki duit beberapa ribu Dong bagi kat anak untuk simpan buat kenangan
Tukar gate plak last minute. Pastu naik shuttle bas
Danish Ilham pertama kali naik flight melalui tangga. Selalu die naik flight melalui aerobridge haha..
Budak ni tak sempat merasa berjalan tengah-tengah panas naik tangga, bergambar depan kapal terbang masa airport masih di LCCT dulu. Nostalgia hahaha
Die tetap request mac & cheese dalam flight :)
No comments:
Post a Comment