Add

Friday, June 3, 2016

Westin Langkawi Resort and Spa (with CIDB)

1 Disember 2015 - Anniversary kami yang ke-8. Baru nak planning sambut anniversary, tetiba dapat arahan dari bos suruh outstation. Last minute plak tu sebab takde sape nak pegi. Siap bos offer lagi, you pergi la.. bawak "Hang Kebun" sekali.. (panggil manja Danish Ilham.. hihi). Bawak husband sekali, hadiah anniversary you. Nanti semua claim dari CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia). Adoooii, ni yang susah ni. Husband bukan boleh senang2 cuti on the spot. Nak cuti pun susah, apetah lagi short notice. Kalau aku pegi sorang, tak sampai hati plak tinggalkan anak kat husband. Kesian nak hantar anak ke Putrajaya pastu keje kat Shah Alam.. Petang barulah husband bagi tau dapat approval dari bos. Petang tu jugak book tiket flight Air Asia. Ni la first time terpakse travel last minute. Kelam kabut kemas barang anak, barang2 office, etc. Tp alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kerja tu pun dah selesai.

Kesian anak aku.. Flight delay sampai 4 jam. Mase ni la ade kes pilot MC beramai2 tu. Cisss.. Takde mase lain ke nak MC? Flight ke Langkawi je kot! Patut bertolak petang, last2 pukul 9 malam baru bertolak. Nak dekat pukul 11 malam baru sampai hotel.


Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya..



Kesian budak ni penat

Anak aku dah mandi, dah susu.. aku lega dah.. bolehlah berehat

Pemandangan dari balcony bilik



My comot boys tengah breakfast

Breakfast sambil mengadap view yang cantik



Ok bye.. Mommy nak pegi meeting dah..

5 orang je meeting.. kami berdua wakil dari Jabatan Peguam Negara


Quiche yang sangat sedap!




Lepas lunch, diorang kene gerak awal untuk ke Island Hopping Tour. Kami sekeluarga tak join. Saje nak lepak2, chill2.. rilek2..




Balik2 meeting, husband & anak tengah buat concert..hihi














Sebelum balik tu, kami lepak di Kids Centre dulu. Seronok budak kecik ni main




No comments:

Post a Comment