Wednesday, December 4, 2024

Ben Thanh Market and Nguyen An Ninh (Malaysian Street)

Hari pertama balik dari naik Sightseeing Hop On Hop Off Bus, kami jalan kaki ke hotel. Dalam perjalanan tu singgah area Ben Thanh Market. Ben Thanh Market memang akan tutup awal, tapi kedai-kedai dikelilingnya masih buka dan kebanyakannya harga lebih murah dari Ben Thanh Market. Semua jenis tunjuk harga dan masih boleh bargain. Kalau dalam Ben Thanh Market jarang tunjuk harga. Bukak harga mahal, satu hal plak nak kene bargain.


Kedai ni banyak jugak kami beli cenderahati untuk Danish Ilham. Friendly, murah dan boleh bargain lagi.


Hari-hari yang berikutnya, kerap jugaklah kami pergi ke Ben Thanh Market. Ada je bende nak beli. Tambah kacang la, tambah kopi la hahaha. Seingat zaman dulu datang sini pada tahun 2012, membeli-belah kat sini pakai USD. Tapi sekarang kebanyakannya pakai Dong. Ben Thanh Market plak sekarang peniaga semua terima pembayaran dengan debit kad. Jadi lebih mudah la kami membeli-belah. Wang tunai banyak simpan untuk makan / pembelian di Malaysian Street (Nguyen An Ninh). Sana tak terima debit kad plak.




Berulang kali kami ke kedai ni untuk beli kacang dan kopi. Selalu dapat tester, banyak gile. Tanya je, die akan bagi rasa. Kadang-kadang masa tunggu-tunggu die bagi lagi segenggam kacang. Best betul! Berapa kali die bagi coklat pada anak untuk rasa. Kemain



Macadamia punye lah besar







Pemandangan Ben Thanh Market dari tingkat 3 Soo Cafe




Kami memang peminat kopi. Teringin nk beli biji kopi Vietnam plak. Biasa minum Arabica tapi kali ni kita rasa Robusta plak. Kami selalu nampak ade grinder & espresso machine. Cuma tak terfikir plak nak tanya sama ada boleh try tak. Kami hanya tengok biji kopi dan bau je. Tak beli banyak sebab takut tak berapa minat. Di rumah kami minum arabica dark roast. 



Gemuknya kacang gajus tu memang best. Puas makan



Trip kali ke berapa ntah ke Ben Thanh Market, tak ingat hahaha






Di Ben Thanh Market ni popular jugak untuk tempahan jacket/blazer dan boleh siap dalam masa 1 hari sahaja. Dinasihatkan kalau nak tempah, pergilah seawal yang mungkin, supaya bila dah siap nanti kalau nak alter masih ada masa.



Memang siap dalam masa 1 hari. Alhamdulillah perfectly fit!
Seluar slack slim fit pun cantik terletak. Jadi tak perlulah alter







Ini plak Nguyen An Ninh (Malaysian Street). Nak barang yang lebih murah, boleh pergi sini. Cuma kurang pilihan. Boleh jugak berurusan menggunanakan duit Ringgit Malaysia. Kami lebih suka berurusan dengan duit Dong, lebih menguntungkan dan lebih murah. Kalau membeli-belah di saat-saat akhir, tak cukup wang tunai Dong, bolehlah guna Ringgit Malaysia. Di sini makanan halal banyak dan sangat murah. Kami makan bertiga dalam VND200,000. Harga tak sampai RM40.00. Sedap jugak. Dapat jugak makanan tempatan pho dan banh mi.









Ralat skit sebab terlupa nak tapau Banh Mi kat kedai ni. Banyak pilihan




Pekene jus calamansi & milo ais. Sedap!









Sekian barang-barang yang kami beli. Tak banyak pun. Untuk makan sendiri je hihi